25 December 2010

perJalanan hidup...

Bagiku hidup adalah cerita, sepanjang perjalanannya punya harga.Pantas aku harus pungut apa yang bernilai.Biar jadi pakaian.Hidup adalah cerita yang perlu aku kutip nilai dan harganya. Soal susah,soal payah,itu lumrah. Berbanding yang hidup di negeri sendiri, ia jauh lebih baik andai dibandingkan menjadi ank rantau seperti aku.Kenapa?kerana merantau seperti membawa diri. Susah sakit tanggung sendiri.Menangis dan berduka, ketawa dan ceria, rasai sendiri.Hingga pepatah menyebut, ‘Hujan emas dinegeri orang, hujan perak dinegeri sendiri, lebih baik dinegeri sendiri’. Aku pernah merintih, waktu rasa diri jauh terpisah dari keluarga. Aku pernah berduka, waktu jasad ditimpa sakit. Hatiku pernah 

menderita, waktu diuji oleh kesetiaan dan badai cinta kuat menderu. Siapa yang sedar bahawa aku pernah diserkup awan mendung di bawah pewana terik mentari bumi.Siapa yang tahu?Ketika itu, hanya aku dan Tuhan sahaja. Mahu atau tidak mahu, aku harus tenang dan terus tabah. Sendirian menelusuri denai-denai kehidupan. Hingga sabar itu buat aku tegal. Hingga tegal itu buat aku matang. Akhirnya matang itu buat aku dewasa. Jika dikira, aku tidak pernah tahu apa yang bakal berlaku kepada diriku selepas 4 tahun berdendang di sini. Aku Cuma sekadar bersedia menghadapi perubahan. Entah semakin baik atau semakin buruk. Entah semakin dekat atau semakin menjauh. Entah semakin bahagia atau semakin sengsara. Dahulu mmg aku tidak tahu. Tetapi kini,aku dapat rasai ada sesuatu yang sudah agam dalam degup jantungku. Iaitu tawakal.
Di sini aku buka lebar-lebar. Aku dedah jasad dan leliang sarafku kpd Tuhan. Sebagai bukti bahawa aku bersedia diajar oleh Tuhan untuk mengenali hidup. Di sini aku kenal usaha dan tawakal. Daripada titik tawakal inilah aku akhirnya mampu mengusir duka dari putus asa dan perasaan kecewa. Tawakal mengajar aku beriman pada qada dan qadar serta yakin bahawa setiap ketentuan terkandung hikmah-Nya. Dari belenggu kecewa..aku mengerti pasrah.Dari belenggu sengsara…aku mengerti makna ujian. Akhirnya musafirku bukan mimpi yang penuh fantasi, tapi ia adalah tafakur yang punya inti… untuk membangunkan diriku yang dhaif ini. Aku benar-benar mahu berjuang…..!!
TITIK.
Penaku dinoktahkan di atas kertas putih ini. Biarlah bicara ini menjadi bukti sebuah keazaman yang bakal direalisasikan suatu masa nanti.Bilakah masa untuk berubah itu? Entah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...