Satu titik yang akan membias menjadi tujuh warna spektrum kehidupan,
Satu titik yang akan bercapah menjadi seratus jalur cerita,
Satu titik yang akan melecak menjadi seribu rasa jiwa,
Satu titik yang akan pecah dan mengurai sejuta wajah dunia.
Aku diam.Kerana diam itu memberikan lebih makna dan masa daripada kata-kata yang lahir tanpa fakta. Aku pandang.Kerana pandangan itu lebih pantas meresap ke jiwa daripada retorik suara yang bersifat gema. Aku mengamati. Kerana pengamatan yang telus akan melahirkan rasa syahdu daripada takabur.
Dari teduh bumbung, aku ke luar rumah. Sengaja mahu menatap sawah yang terbentang luas.Saat kanta mataku terbuka diserap cahaya langit siang, aku diserbu satu perasaan yang sukar dimengerti dan ditafsirkan.Sungguh! Pilu hati saat melihat kudrat ayah yang sudah semakin menggapai usia senja membanting keringat mengerjakan sawah buat kali kedua selepas ombak banjir melanda seluruh negeri kedah. Redup mata ayah memberitahuku segalanya. Aku tahu ayah, sebenarnya ayah sudah letih mengerjakan semua ini. Tapi dek kerana tanggungjawab yang tergalas dibahu ayah, ayah gagahkan diri membajak sawah, menyemai benih padi, dan menaburnya semula…semuanya kerana kami anak-anak ayahkan? Ayah mahukan kami hidup sempurna, pengajian kami tidak terabai..sehinggakan diri ayah tidak pernah ayah fikirkan,hiraukan..saat melihat keringat-keringat yang mengalir dari dahi ayah, hatiku bertambah sendu. Adakah dengan setiap keringat yang mengalir itu mampu aku balasnya??YA Allah..hati kecilku bertambah pilu saat mendengar cerita dr akak..katanya’ pg tadi ayah hampir2 jatuh ditimpa moto. Ketika itu ayah menggagahkan diri mengangkat 1 guni benih padi untuk diletakkan atas moto,tiba2 moto itu terbalik.Ayah berusaha menahannya.Mujurlah ada kakak yang kebetulan ternampak dan segera mnolong ayah.” Saat itu, air mata ku xdapat lagi ku bendung.Mengalir deras membasahi pipi . Ayah terlalu bersusah payah unyuk semua itu.Dari munculnya sang matahari sehinggalah hampir terbenam matahari, masamu ayah hanya di sawah. Hanya pulang ke rumah untuk mengalas perut dan menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa. Aku kagum dengan pengorbananmu wahai ayah. Terlalu besar keringat ayah pada kami anak-anak. Dengan tulang empat kerat ayah, ayah menyara kami adik-beradik. InsyaAllah ayah…sedaya mungkin aku akan hadiahkan sebuah kejayaan yang paling bermakna khas untuk ayah.InsyaAllah.
Ku tinggalkan ayah yang berada nun jauh di tengah-tengah sawah.Dari satu sudut ke satu sudut aku langkahi, meninjau keadaan persekitaran rumah yang baru kering akibat banjir. Hampir keseluruhan pokok menunjukkan tanda2 akan mati, termasuklah beberapa pokok2 ku yang aku tanam semasa cuti sem sebelumnya. Pokok betik yang dipenuhi buah turut tumbang. Pokok-pokok mak juga turut musnah. Kini tanah-tanah ketandusan pokok. Ayam-ayam turut mati.Segala keindahan sebelumnya lenyap sekelip mata.Sedih! Aku seolah-olah terkedu, bisu, dan kaku walaupun pada zahirnya aku sedang bergerak dan berdiri dengan kaki sendiri. Rasa diri ini terlalu kerdil pada Tuhan Maha Pencipta, Tuhan yang kusembah dengan Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah. Hanya dengan satu pandangan ringkas melihat kemusnahan kecil ini meledakkan seribu rasa di hati ini. Meruntuhkan segala tembok-tembok takabur dan besar diri. Hingga aku merasakan kerdil, bagai si kuman yang menumpang di hujung kuku seekor lalat. Amat hina. Ini baru sedikit dugaan yang Allah berikan aku sudah mengeluh. Astaghfirullah hal’azim. Sedangkan kanak-kanak di Palestin, Ghaza berdepan seribu kali dugaan lebih besar pada ini mampu harunginya, ini kn pula baru sedikit ujian yang baru diuji.Allahu akhbar!