04 January 2012

Final exam bg sem 5

Alhamdulillah… segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Syukur dipanjatkan kepadaNya kerana dengan keizinanNya Dia telah mempermudahkan urusan ana menempuhi peperiksaan dengan tenang. Tenang sekali …Alhamdulillah…satu perasaan yang sebelum ini xpernah ana rasa. Allahu akhbar!. Walaupun baru menempuhi 3 paper, dan masih berbaki 4 paper, namun ana rasakan satu demi satu paper exam berlalu dengan sungguh cepat,..tanpa rasa tekanan baik sebelum menjawab, semasa menjawab mahupun selepas menjawab, jauh disudut hati ana yakin saat ini Allah memang hendak membantu hambanya. Sebelum-sebelum ini bukanlah bermakna Allah tidak bersama ana, cuma kali ini terasa sekali perbezaannya. Namun, saat ini bukan bererti ana sudah mampu tersenyum kerana apa pun tunggulah keputusannya nanti. Dan apabila Allah telah permudahkan urusan ana saat ini, bukan bermakna pengharapan ana untuk mengadu, mendamba kasih kepadaNya berakhir. Sebetulnya, harus dipertingkatkan lagi keabdian diri kepadaNya. Semoga hati ana akan terus dipegang Allah agar tidak berpaling darinya dikala Allah menguji hambanya dengan limpahan nikmat kesenangan mahupun kesusahan…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...