14 January 2012

Siapakah kita sebenarnya?

Alhamdullillah..akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Peperiksaan sudah habis, semester 5 sudah hampir melabuhkan tirainya. Penangan bergelar pelajar semester 5 ini sebenarnya baru boleh dikatakan titik permulaan kehidupan bergelar pelajar U. Ya! baru permulaan.Cewahh...hihi.  Komitmen yang digalas terasa sekali bebannya, namun dengan bantuan Allah segala yang susah diringankan sedikit. Bukan diri ini mengeluh, cuma sekadar melepaskan rasa di hati. Diuji dengan kesibukan dunia, jatuh bangun dalam pelajaran, adalah lumrah hidup sebagai individu yang bergelar pelajar.Semua orang pernah merasakan? Semua itu memerlukan kesabaran dan keyakinan.Itulah tunjangnya. 
Ada sahabat bertanya, macam mana hendak dapatkan semua itu kalau orang disekeliling semuanya berkedaan seperti itu? Jawapannya adalah Allah. kenapa perlu dilihat pada diri orang lain. Balikkah pada Allah. Dia yang jadikan kita,Dia yang lebih memahami kita. Cuba renungkan kembali asal usul kita, siapa pencipta kita. Nah, Allah kan ?! Allah tidak akan pernah sesekali menguji hambaNya melebihi keupayaan umatnya. Cuma cara kita bertindak sahaja yang akan membezakan sesuatu ujian itu menjadi susah atau senang. Jangan terlalu jadi orang yang terlalu complicated sehinggakan masalah atau ujian yang kita  boleh selesaikan dengan cara yang mudah, tapi dek kerana sikap complicated itulah yang menjadikan sesuatu yang senang menjadi susah. Lagi satu, diingatkan Allah sentiasa prihatin  pada kita, cuma kadang-kadang kita sahaja yang sombong dengan Allah. Bila senang lupakan Allah, tapi bila diuji kesusahan barulah mencari Allah. Aduh, manusia!manusia! Kalaulah seperti itu, macam mana Allah nak tunaikan .Tidak bolehkah tanam sedikit istiqamah dalam diri? terdiam sahabat itu. Kasihan dia dah kena "clorox" dengan ana. namun, itulah realiti remaja sekarang, "slow talk" kadang-kadang xda kesan pada mereka, perlu kenakan sedikit ketegasan dalam berkata2. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...