07 October 2010

~hatI KemBali TenAnG..~


Assalamu'alaikum w.b.t..
Salam Seindah Bintang Di Langit.. ^___^
Alhamdulillah..syukur dipanjatkan pada Yang Maha Esa..
Kita semua masih diberikan peluang untuk menghirup udara dibumi gersang milikNYA..
Apa khabar kalian malam ni?Ceria2 atau berduka?? 
Jika sedang diuji..ucapkan alhamdulillah..la tahzan..innallaha ma 'ana..
Jangan sesekali mengeluh..itu tandanya kita tidak berburuk sangka dengan ALLAH..
Sabarlah hadapi ujian dariNYA..ingatan buat diri ana juga.. ^__^

Firman ALLAH : "Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang2 yang beriman.."
(Ali-Imran : 139)
Beberapa hari yang lepas boleh dikatakan ana melalui satu fasa "tekanan perasaan.."
Sebab apa ana cakap macam tu?
Sebab terlalu dihimpit banyak persoalan yang tak diberikan jawapan..
Dihimpit dengan masalah2 yang ana sendiri tak faham keadaan sebenarnya..
Tersangat menguji hati..
Tapi ana tau..ana punya ALLAH..
Jadi perlahan2 ana hadapi & cuba tangani..
Alhamdulillah..segalanya kembali seperti sedia kala..
Walaupun masih ada yang tersisa tapi ana biarkan saja..
Masih banyak tugas yang harus dilaksanakan...
Lagi pula hidup kita takkan pernah sunyi dari ujian dariNYA..
Tanpa ujian pun tak lengkap jugak hidup ni..betul tak?
Cuba fikirkan..kadang2 bila diujilah kita akan lebih dekat dengan ALLAH..
Bukankan itu satu tindakan yang baik??Jika tak diuji mungkin kita lupa pada DIA..
Bila diuji..tabahkan hati..sabar & cuba redha terima semuanya..
Masakan ALLAH nak takdirkan sesuatu yang ALLAH taktau apa kebaikannya pada kita kan?
ALLAH lebih mengetahui akan hamba2NYA..
Masakan jugak DIA taktau apa kelemahan & kekuatan kita..
Sedang DIA yang menciptakan kita..
Pasti ada hikmah & rahsianya..
Usah gusar..pelangi ceria yang indah kan bertandang sesudah kelam hujan menyelubungi.. ^___^
Sejak semalam ana terasa bersemangat..
Mahu lupakan semuanya..dan teruskan perjuangan ana..
Terus istiqomahkan hati...
Tak cuba penuhi hati dengan keinginan nafsu duniawi semata2..
InsyaALLAH!!!
Chaiyok Nur Atiqah!! ^__^
Semangat!!Masakan diuji sedikit ujian sudah mau jatuh tersungkur???
Jangan kalah dengan perasaan!!
ALLAH sentiasa ada bersama..
Ingat tu!!!
Sekarang..cuba abaikan perkara yang tak penting..
Tumpukan pada hal yang penting..
Masih banyak perkara yang perlu dilunaskan..
Masih banyak cita2 & impian yang perlu digapai..
Tinta perjuangan masih jauh..
Jangan pernah menoleh ke belakang lagi..
Teruskan saja langkah dengan seribu keyakinan..
InsyaALLAH.. ^__^
Salam perjuangan..
Ma'assalamah..
Imam Syafie : Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit~
Laskar Cinta Menggapai Kasih AgungNYA...
(~Masjid Niujie,Beijing menjadi saksi belahan dua jiwa dalam mencari arah yang menuju syurgaNYA~)
^___^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...