15 February 2010

permata yang di cari..


Gadisku...
Sesungguhnya kejadian mu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok,
menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga, harum aroma mu bisa menarik perhatian sang kumbang lantaran bunga2 yang memagari dirinya umpama mawar..
Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang lalu terfikir beberapa kali untuk mendekatinya..
Gadisku...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah,
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah,
Hiasilah wajahmu dgn titisan wudhu' ,
Ingatlah bahawa ciri2 wanita solehah ialah ia tidak melihat kpd lelaki dan lelaki tidak melihat kpdnya,
Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah umpama sebutir permata yg didedahkan buat perhatian umum dgn permata yg diletakkan dlm satu bekas tertutup, sdh pastinya keinginan untk melihat permata yg tersembunyi itu melebihi drpd yg terdedah..
Wanita solehah yg taat & patuh pd Al-Khaliq dlm melayari liku2 khdpan adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.
Gadisku..
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi krn hati yg pecah dan retak pabila diberikan kpd makhluk pastinya akan bertambah retak..tapi bila hatimu diserahkan kpd allah sudah pasti bertaut kembali..Dalam seusia ini sibukkanlah dgn ilmu yg mampu mempertajamkan akal & mampu membina sahsiah muslimahmu..Sesungguhnya ilmu itu cahaya  an tidak mampu bertapak dlm hati org yg melakukan maksiat..
Buat akhirnya..terimalah kata2 sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sbg renungan bersama..


" Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yg abadi krn ia tidak kekal,
   Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itu gagal kecewa,menderita terseksa.
  Oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat mbuahkan kebahagiaan & kenikmatan yg kekal abadi
   kecuai cinta kpd PENCIPTA kita sendiri.."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...